“Saya belakang awak ye” – Tok Ti ‘Layankan’ Perangai Aliff Syukri Yang Dakwa Diri Penyanyi No 1

Entertainment
5 Apr 2023 • 12:03 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Namanya kembali terpalit dengan kontroversi yang melibatkan lagu raya terbaharu, usahawan Aliff Syukri kini menjadi tumpuan warga maya sebab melibatkan orang yang betul-betul tersohor di negara ini.

Bagi yang ada ikuti pasal hal-hal Aliff Syukri ini, pasti akan tahu yang usahawan kosmetik ini selalu mendakwa dirinya penyanyi nombor satu negara, walhal kita tahu siapa yang pegang title tu kan?

 

Saya belakang awak ye – Tok Ti

Oleh itu, baru-baru ini Aliff Syukri ada tinggalkan komen dekat perkongsian Instagram penyanyi nombor satu negara yang sahih iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza (Tok Ti).

Dalam komen itu, Aliff Syukri mengusik Tok Ti dengan bertanyakan bahawa Tok Ti mengenali dirinya sebagai penyanyi nombor satu negara atau tidak.

Ia menjadi tumpuan netizen terutamanya dalam kalangan peminat Tok Ti apabila idola mereka itu membalas komen dengan ‘layankan’ saja dakwaan Aliff Syukri dengan mengatakan dirinya di ‘belakang’ Aliff Syukri.

Dalam masa 16 jam, kenyataan savage Tok Ti ini telah meraih lebih daripada 16,000 jumlah perkongsian di Twitter. Rata-rata netizen yang terdiri daripada kalangan peminatnya terhibur apabila membaca komen tersebut.

image is not available image is not available

Bila tengok cara Tok Ti mesti ramai faham sebab diaorang semua terhibur dan tak ada yang mengecam pun.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.