'Saya belum jumpa Zahid' - Anwar

LocalPolitics
26 May 2026 • 5:19 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 'Saya belum jumpa Zahid' - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim

BUKIT MERTAJAM - Presiden Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan belum bertemu dengan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk membincangkan mengenai kerjasama dalam pilihan raya negeri (PRN)

"Belum, belum lagi," katanya ringkas ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Agihan Perdana Lembu Korban Madani Parlimen Permatang Pauh di Padang Homestay Mengkuang Titi di sini pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada telah mengadakan perbincangan bersama Ahmad Zahid berhubung hal-hal berkaitan kerjasama antara parti bagi menghadapi PRN.

Mei lalu, Anwar mengesahkan akan berunding dengan Ahmad Zahid berhubung pendirian BN dan PH Johor bertanding solo pada PRN Johor akan datang.

Anwar berkata, beliau berharap rundingan akan berjalan dengan baik untuk kebaikan kedua-dua belah pihak.

Pada PRN Johor ke-15 Mac 2022 lalu, BN membentuk kerajaan negeri apabila menang 40 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

PH pula menang 12 kerusi, dengan 10 dimenangi DAP, selain PKR dan Amanah masing-masing satu kerusi manakala Perikatan Nasional (PN) menang tiga, manakala MUDA satu.

DUN Johor dijangka terbubar secara automatik pada 21 April tahun depan.