Anwar Lancar Akademi Bola Sepak DNA Faisal Halim, Perkasa Pembangunan Akar Umbi

LocalFootball
27 May 2026 • 1:06 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Anwar Lancar Akademi Bola Sepak DNA Faisal Halim, Perkasa Pembangunan Akar Umbi

Anwar Lancar Akademi Bola Sepak DNA Faisal Halim, Perkasa Pembangunan Akar Umbi

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan Akademi Bola Sepak DNA Faisal Halim di Mengkuang Titi, Pulau Pinang, sebagai usaha memperkasakan pembangunan bola sepak akar umbi serta mencungkil bakat muda negara.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata akademi berkenaan bukan sekadar tempat latihan, sebaliknya medan membina disiplin, semangat juang dan keyakinan dalam kalangan generasi muda.

“Saya percaya masa depan sukan negara bergantung kepada usaha membentuk bakat muda dengan nilai kerja keras, adab dan iltizam yang tinggi,” kata beliau.

Image from: Anwar Lancar Akademi Bola Sepak DNA Faisal Halim, Perkasa Pembangunan Akar Umbi
Kredit: Facebook Anwar Ibrahim
Image from: Anwar Lancar Akademi Bola Sepak DNA Faisal Halim, Perkasa Pembangunan Akar Umbi
Kredit: Facebook Anwar Ibrahim

Anwar turut berharap akademi itu dapat melahirkan lebih banyak bakat muda, yang mampu mengharumkan nama negara di pentas lebih tinggi.

Faisal, yang turut dikenali sebagai Mickey, merupakan antara tonggak serangan utama skuad Harimau Malaya dan Selangor FC, terkenal dengan aksi lincah dan prestasi konsisten pada peringkat domestik serta antarabangsa.