‘Saya belum sempat rasa air tangan menantu, mereka duduk asing’

23 Sep 2026 • 8:00 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Saya belum sempat rasa air tangan menantu, mereka duduk asing’

KUALA LUMPUR – Pelakon Rozita Che Wan mendedahkan masih belum berkesempatan menikmati air tangan menantunya selepas anak sulungnya, Ammar Effendy mendirikan rumah tangga.

Menurut Rozita atau mesra dipanggil Che Ta, keadaan tersebut berlaku kerana anak dan menantunya memilih untuk tinggal berasingan, selain jadual harian mereka yang agak sibuk.

“Saya belum sempat rasa air tangan menantu, mereka duduk asing dengan saya.

“Cumanya kalau hari minggu anak saya akan muat naik kata isterinya masak.

“Kadang-kadang mereka balik ke rumah waktu hari minggu, bila balik saya pula tiada. Mungkin minggu depan baru kami nak berjumpa tapi makan di luar,” katanya kepada Kosmo! Online pada sidang media program realiti Karok Dapur di Banglo 289, baru-baru ini.

Bagaimanapun, pelakon drama Kiah Pekasam itu tidak kisah dengan kebolehan memasak buat isteri anaknya itu.

“Sebenarnya saya tak kisah menantu pandai masak atau tak sebab masa saya kahwin kita memang masak cara kita.

“Tapi bila kita kahwin, kita nak masak cara laki kita makan. Jadi saya banyak belajar dengan ibu mentua saya dulu.

“Kita tahu masakan mak kena dengan cita rasa suami kita,” ujarnya.

Ditanya sama ada menantu pernah meminta tunjuk ajar, Che Ta memberitahu tiada permintaan sedemikian diminta setakat ini.

“Dia tak ada pula (minta ajar masak) cumanya Ammar beritahu Auni macam saya juga suka duduk di rumah dan kemas rumah,” tuturnya.

Pada Jun lalu, anak sulung Che Ta iaitu Ammar Effendy Azuar Effendy selamat bergelar suami kepada pilihan hati, Auni Ikhwan.

Dalam perkembangan lain, Che Ta bakal mengendalikan rancangan realiti lapan episod, Karok Dapur yang bakal ditayangkan bermula 27 September depan di TV3 dan Tonton.

Setiap peserta bakal berentap secara 1 lawaan 1 mengharungi pelbagai cabaran dalam menyediakan dua sajian sambil menyanyi secara serentak mengikut masa yang ditetapkan. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Saya belum sempat rasa air tangan menantu, mereka duduk asing’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved