Kelu lidah seorang wanita apabila menonton video anak lelakinya dibuli oleh rakan semasa berada di sekolah.
Dalam video yang sedang tular di media sosial itu menunjukkan, anak pengadu diterajang oleh rakannya. Mangsa bagaimanapun tidak membalas perbuatan pembuli itu.
Difahamkan, pengadu dipercayai pernah memaklumkan kejadian itu kepada ibu bapa pembuli terbabit. Namun mereka tidak percaya dengan dakwaan itu dan menegaskan anak mereka tidak akan berbuat demikian.
“Rasa sakit 11 tahun lepas tak hilang lagi semasa saya melahirkan anak saya. Apa masuk sekolah ni senang-senang je budak-budak lain buli anak saya?
“Padahal tahu dah anak mereka yang salah. Satu kata maaf pun tak ada. Saya sebagai seorang ibu tak boleh nak bayangkan macam mana rasa sakit anak saya bila kena buli dengan anak mereka. Mujur tuhan beri petunjuk.
“Yang baju merah hantar video ini, nak menganjing anak saya. Saya buka video itu dan kelu lidah tak boleh nak cakap apa-apa. Tengok video sekerat ini pun tak apa, sekurang-kurangnya ada video bukti anak saya kena buli,” katanya.
Tambah pengadu, anaknya juga pernah terpaksa menyembunyi wang di dalam stoking bagi mengelakkan duit belanjanya dirampas oleh pembuli.
“Jenis mak yang bodoh, percaya sangat pada anak. Tak boleh nak terima anak dia buli anak orang lain.
“Anak saya sampai sembunyikan duit (belanja) dalam stokin untuk digunakan beli makanan di kantin. Dia main lontar kotak pensil anak aku sampai kotor. Koyak habis pun tak mengaku juga.
“Saya beranak bukan suka-suka nak suruh orang buli anak saya seperti itu,” katanya.
Sumber: Facebook
The post ‘Saya beranak bukan suka-suka nak suruh orang buli anak saya camtu!’ – Ibu dakwa anaknya dibuli rakan sekolah appeared first on The Reporter.



