“Saya Tak Jumpa Dia Sejak Dia Sedar Di Hospital…” – Marsha Enggan Ulas Tentang Nad Zainal

24 Aug 2023 • 4:25 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penyanyi dan pelakon Marsha Milan akui tahu tentang konflik yang sedang tular ketika ini membabitkan rakan selebritinya, Nad Zainal.

Bagaimanapun, anak kelahiran Sabah itu enggan mengulas panjang dan memilih untuk berdiam diri buat masa ini.

Maaf. Walaupun saya tahu tentang isu ini, saya pilih untuk berdiam. Harap maklum.”

image is not available

Difahamkan, Marsha sebelum ini membuat pengakuan bahawa dia terbayangkan wajah sahabatnya itu ketika sedang bertanding di Separuh Akhir Muzik-Muzik 37 yang lepas.

Ceritanya, ketika itu dia hampir menangis tatkala berkongsi rasa sedih sewaktu melawat Nad Zainal di hospital.

Dalam pada itu, Marsha juga akui belum mempunyai masa untuk berjumpa dengan Nad atau Nanad selepas aktres tersebut sembuh dan mendirikan rumah tangga.

image is not available

Kali terakhir mereka berjumpa adalah ketika Nad berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital swasta dan ketika itu pelakon tersebut tidak sedarkan diri.

Saya tak jumpa dia sejak dia sedar dari hospital sehinggalah sudah berkahwin. Kami tak sempat jumpa. Saya gembira dia dah bahagia. Kami masih berhubung. Plan nak jumpa dah 5 tahun tapi tak jumpa-jumpa.”

Tidak menerima nasib sama seperti Nabila Huda, Marsha dan Nad Zainal bagaimanapun masih mengikuti antara satu salam lain di Instagram.

image is not available 1 day ago

Respon Nad Zainal Dikritik Ramai, Dilabel Kacang Lupakan Kulit - "Sombongnya, Dulu Masa Ko Sakit 1 Malaysia Doakan"