‘Saya berasa nyaman, ini ibarat kesempatan emas’

EntertainmentMusic
3 Aug 2026 • 9:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Saya berasa nyaman, ini ibarat kesempatan emas’

MEMBERIKAN pengalaman berbeza menerusi penganjuran Ruang Nyaman Fest, festival muzik indoor premium dan eksklusif pertama di Malaysia pada 14 November itu menghimpunkan enam artis tersohor Nusantara di atas satu pentas.

Berlangsung di Mega Star Arena Kuala Lumpur, fiesta muzik anjuran Thrive Events terbabit membariskan lima penyanyi Indonesia iaitu Cakra Khan, Sammy Simorangkir, Idgitaf, Kaleb J dan Pusakata, selain wakil Malaysia, Najmi Niery.

Pengasas Ruang Nyaman Fest, Haqimi Zamri berkata, persembahan diwujudkan sebagai medan buat peminat berehat seketika daripada kesibukan hidup sambil menikmati karya-karya yang dekat di hati dalam suasana lebih selesa dan eksklusif.

“Ruang Nyaman Fest bukan sekadar sebuah konsert, tetapi pengalaman muzik indoor yang premium, selesa dan padat.

“Kami memilih enam artis yang mempunyai karya dan identiti tersendiri tanpa persembahan pengisi supaya penonton memperoleh pengalaman terbaik dari awal hingga akhir,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Thrive Events, Hamka Mohd. Taufik berkata, festival tersebut menawarkan nilai berbeza apabila peminat dapat menyaksikan enam persembahan utama menerusi satu tiket pada harga lebih berpatutan berbanding menghadiri beberapa konsert solo secara berasingan.

“Walaupun harga tiket kami mesra peminat, keseluruhan pengalaman yang ditawarkan tetap premium dan eksklusif,” ujarnya.

Ubah pendirian

Penyertaan Cakra Khan turut mencuri perhatian apabila penyanyi itu mengakui hampir menolak sebarang persembahan di Malaysia selepas mengumumkan hasrat berehat, namun konsep festival tersebut berjaya mengubah pendiriannya.

“Selepas mengumumkan untuk berehat daripada membuat persembahan di Malaysia, saya mahu lebih berhati-hati dalam memilih acara.

“Namun konsep Ruang Nyaman Fest, barisan pemuziknya dan peluang untuk kembali bertemu peminat Malaysia terlalu menarik untuk saya lepaskan.

“Ini ibarat kesempatan emas. Saya sendiri berasa nyaman apabila mendengarkan karya-karya sahabat saya. Apatah lagi apabila kami semua dihimpunkan dalam satu malam. Ia pasti ‘keren’,” katanya.

Selain seleksi popular seperti Harus Terpisah, Kesedihanku, It’s Only Me dan Ruang Tunggu, festival itu turut menjadi pentas buat Najmi Niery memperkenalkan identiti muziknya kepada khalayak lebih luas selepas kejayaan single Dekati.

Tiket Ruang Nyaman Fest dijual pada harga bermula RM249 hingga RM1,699 mengikut kategori dan boleh didapati menerusi platform MyTicketEmpire.

Image from: ‘Saya berasa nyaman, ini ibarat kesempatan emas’
MENGHIMPUNKAN enam artis tersohor Nusantara di atas satu pentas dengan membariskan lima penyanyi Indonesia iaitu Cakra Khan, Sammy Simorangkir, Idgitaf, Kaleb J dan Pusakata, selain wakil Malaysia, Najmi Niery.

 

 

The post ‘Saya berasa nyaman, ini ibarat kesempatan emas’ appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved