Art of Speed Malaysia 2026 Kembali Gegarkan MAEPS Dengan Festival Kustom & Gaya Hidup Terbesar

16 Jul 2026 • 4:16 PM MYT
TW Media
TW Media

Gedung Info Permotoran

Image from: Art of Speed Malaysia 2026 Kembali Gegarkan MAEPS Dengan Festival Kustom & Gaya Hidup Terbesar

SERDANG, 15 Julai 2026 – Festival budaya kustom terbesar di Malaysia, Art of Speed (AOS) Malaysia 2026, bakal kembali menggegarkan Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS) pada 1 dan 2 Ogos 2026 dengan tema “Summer Festival – Kustom Bergaya”, menghimpunkan dunia automotif, muzik dan gaya hidup dalam satu acara berskala antarabangsa.

Memasuki tahun ke-15 penganjurannya, AOS 2026 menawarkan pelbagai tarikan baharu termasuk kehadiran tetamu antarabangsa daripada Liberty Walk, MOONEYES, Hawgholic, Vise Clothing, Hot Wheels, DicE Magazine serta komuniti kustom dari Jepun, Thailand, Indonesia, Singapura, Brunei, Filipina dan Taiwan.

Bagi peminat motosikal, festival kali ini bakal menampilkan jentera ikonik seperti 1945 Harley-Davidson Knucklehead milik Hawgholic serta 1966 Harley-Davidson Shovelhead daripada Vise Clothing. Selain itu, segmen AOS Invitational Build-Off kembali dengan lapan pembina motosikal kustom tempatan yang akan bersaing merebut peluang membawa hasil karya mereka ke Yokohama Hot Rod Custom Show 2026 di Jepun.

Peminat kereta pula tidak akan kecewa apabila AOS 2026 membawakan pameran kereta kustom dari Thailand dan Taiwan, kehadiran rasmi Liberty Walk serta pelbagai model diecast eksklusif termasuk kolaborasi bersama Mini GT, Kyosho dan Tarmac Works.

Festival ini turut menjadi tumpuan pengumpul apabila Hot Wheels Collectors Convention Malaysia (HWCCM) kembali dengan model eksklusif Nissan Skyline GT-R V·Spec II (BNR34) yang hadir dalam jumlah terhad, selain kehadiran Ronald Wong, Ketua Pereka Produk Hot Wheels Premium.

Selain pameran automotif, pengunjung boleh menikmati pelbagai aktiviti seperti Show & Shine, ThunderCircus, Santai Scooterist, Himpunan Kelab Kereta, Automotive Flea Market, Collectible Alley, Flying Fox, Test Ride motosikal pelbagai jenama, forum Kustom & Koffee Talk serta pelbagai zon gaya hidup yang sesuai untuk seisi keluarga.

Acara muzik SoundCircus Festival 2026 turut kembali dengan skala lebih besar menerusi enam pentas yang menampilkan barisan artis tempatan dan antarabangsa, menjadikan AOS sebagai gabungan unik festival automotif dan hiburan.

Image from: Art of Speed Malaysia 2026 Kembali Gegarkan MAEPS Dengan Festival Kustom & Gaya Hidup Terbesar

Lebih menarik, aktiviti Kembara Passport AOS 2026 menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM80,000, termasuk sebuah motosikal kustom Thunder Motorcycles, sebuah Honda HR-V yang diubah suai khas oleh Qartel TV serta sebuah Vespa S 125.

Tiket Early Bird untuk Pas Hujung Minggu kini ditawarkan pada harga RM35, manakala harga di kaunter ialah RM40. Kanak-kanak di bawah 12 tahun dan pemegang kad OKU menikmati kemasukan percuma.

Maklumat lanjut dan pembelian tiket boleh dibuat menerusi www.artofspeedmy.com

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved