“Saya Berhenti Sekolah..” – Jennie BP Akui Pengalaman Jadi Pelatih Di YG Mengejamkan

EntertainmentMusic
10 Mar 2025 • 11:57 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Susulan keluaran album “Ruby”, Jennie telah tampil dalam program “Fairy Jae-hyung” di YouTube, di mana dia sempat berkongsi pengalamannya ketika menjadi pelatih di YG Entertainment.

Mengimbas kembali enam tahun semasa menjadi pelatih, Jennie jujur berkata,

Penilaian berterusan sudah kejam tetapi ia bukan hanya tentang mendapat markah atau sesuatu yang mudah seperti itu. Setiap kali ada penilaian, ada ramai kawan saya yang harus pergi dan pada usia itu, ia amat sukar untuk diterima.

image is not available

Sambungnya lagi,

Sebagai pelatih, kami harus sentiasa bersaing. Walaupun sedih melihat rakan-rakan pergi, saya terpaksa mengesat air mata dan teruskan kehidupan. Saya sentiasa berfikir ‘Saya akan debut walau apa cara sekalipun. Inilah satu-satunya jalan saya’. Saya telah berhenti sekolah kerana ini dan saya bertekad untuk menjadikannya sebagai satu kenyataan tidak kira apa pun.

Usaha Jennie membuahkan hasil!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.