Tya Arifin Kongsi Realiti Jadi Ibu Bila Urus Anak Ke Sekolah - “Tak Sempat Make Up, Breakfast Lupa, Tak Cukup Tidur…”

18 Feb 2025 • 8:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon, Tya Arifin berkongsi pengalamannya sebagai ibu ketika menguruskan anak-anak pada hari pertama sesi persekolahan.
 

Cabaran uruskan anak sekolah

 


Menerusi perkongsiannya di Instagram, Tya mengakui menjadi

bukanlah satu perkara yang mudah.


 


Kata Tya, pelbagai cabaran yang haris dihadapi termasuklah tidak cukup tidur, terlupa bersarapan dan tidak sempat bersolek kerana sibuk menguruskan anak-anak.


 


“Realiti ibu-ibu, hantar anak pergi sekolah hari pertamanya. Semalam teman suami event sampai rumah jam 1.30 pagi.


 


“Sambung pula dengan baby Aghnia susu, tukar lampin, pump dan Tya tidur jam 2.30 pagi. Kerana ini sekolah hari pertama, Tya mesti kena hantar Arif yang dah tingkatan 2 (SD kelas 2). 


 

“Realiti sebenar seorang ibu kan, tak cukup tidur, mata panda, tak sempat bermakeup, breakfast terlupa. Siapkan perlengkapan anak sekolah,” kongsinya.

 

        View this post on Instagram                      

A post shared by Tya Arifin (@tyaarifinnw)

Kagum semangat para ibu


Bagaimanapun kata Tya perkara itu tidak menjadi masalah bagi dirinya kerana seronok dapat menguruskan anak-anak dengan kudratnya sendiri.


 


Malah tambahnya, perkara itu juga membuatkan dirinya semakin kagum dengan para ibu di luar sana yang tabah menguruskan anak-anak walaupun adakalanya rasa sedikit penat.


 

“Masha-Allah, semenjak ada anak tiga ni, makin besar lah rasa kagum pada ibu ibu yang Tya jumpa kerana di sebalik muka mereka, mesti menyimpan sejuta penat yang tak semua tahu.

 


“You're strong mom! You can do it! (saya juga). So, welcome back to school, kids! Semoga tahun ini result lebih baik ya,” tulisnya.


 


Terdahulu, Tya yang juga merupakan menantu kepada biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mendirikan rumah tangga dengan Asyraf Khalid pada 1 November 2015.


 


Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata, Arif Jiwa, 8, Azzahra Jiwa, 6 dan Aghnia Amira Jiwa yang dilahirkan pada 20 Disember lalu.


 


Untuk info, sesi akademik 2025/2026 telah bermula pada 17 Februari dan cuti sesi akhir akademik bermula pada 20 Disember 2025 hingga 11 Januari 2026.