Saya beri Azeva jam Rolex merah jambu, orang itu kena beri lebih – A. Aida

EntertainmentLifestyle
19 Aug 2026 • 12:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Saya beri Azeva jam Rolex merah jambu, orang itu kena beri lebih – A. Aida

SHAH ALAM: Penerbit dan ibu kepada pengacara, Azeva, Datuk A. Aida, mengakui bukan mudah untuk mana-mana lelaki mendekati anaknya, apatah lagi ketika karier anaknya sedang berkembang.

Menurut A. Aida, ramai yang cuba mendekati Azeva, termasuk dalam kalangan artis yang turut menggelarnya sebagai ‘mama’ menerusi media sosial.

“Saya terima banyak mesej di media sosial, termasuk daripada artis yang panggil saya mama.

“Sebab itu saya buat kenyataan supaya Azeva buat masa ini mengelakkan percintaan kerana saya sedang mencipta namanya dan peluang kerja pula sedang banyak.

“Jadi, kenapa perlu saya sia-siakan semua itu? Tidak mungkinlah ketika sedang mendunia ini, tiba-tiba mahu berkahwin? Hello! Kalau mahu berkahwin, hantaran RM10 juta saya terima dan boleh dipertimbangkan,” katanya berseloroh ketika ditemui pada konsert akhir Big Stage Rocketfuel, baru-baru ini.

Tambahnya, nasihat berkenaan bukan bertujuan mengongkong Azeva, sebaliknya mahu anaknya memberikan sepenuh perhatian terhadap kerjaya yang sedang dibina.

“Bukan kongkong pun, tetapi sejak kecil saya menjaganya, mandikan dan susukan sehingga dapat secantik ini.

“Saya tidak kisah kalau orang mahu kata saya kongkong anak, asalkan memang saya sudah berhabis banyak sepanjang membesarkannya.

“Bukan mudah untuk mendekati puteri saya, tetapi sekurang-kurangnya orang itu boleh beri dia lebih daripada apa yang saya beri.

“Sebagai contoh, kalau saya beri dia jam tangan Rolex merah jambu, orang itu kena beri jam yang lebih mahal daripada itu,” katanya.

Menurut A. Aida lagi, Azeva perlu bekerja keras untuk mengumpul harta sendiri kerana cinta semata-mata tidak menjamin kebahagiaan pada masa hadapan.

“Sepatutnya ketika ini dia perlu gunakan semua peluang yang ada untuk kumpul harta. Bila harta sudah banyak dan duit pun bersepah, kita boleh petik jari saja kalau mahu sesiapa.

“Kalau mahu cari pasangan hidup, biarlah yang memahami, boleh buat kita bahagia serta mampu sediakan apa saja.

“Sebab dunia sekarang ini, tidak payahlah orang cakap mengenai cinta. Memang mula-mula cinta, tetapi lama-lama derita. Hakikatnya, duit adalah segala-galanya,” ujarnya. -UTUSAN

The post Saya beri Azeva jam Rolex merah jambu, orang itu kena beri lebih – A. Aida appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved