'Saya berjanji akan memberikan insentif khas jika SMK Dr Burhanuddin berjaya catat sifar buli' - Menteri Pendidikan

LocalPolitics
18 Aug 2025 • 3:39 PM MYT
Sinar Bestari
Sinar Bestari

Portal Pilihan Guru-Pelajar-Sekolah serta IPTA/IPTS

image is not available
Fadhlina berkesempatan memberi taklimat kepada pelajar SMK Dr Burhanuddin semasa lawatan istimewa beliau pada Ahad. Foto: Facebook Fadhlina Sidek

Setiap hari, masyarakat Malaysia sering diperdengarkan dengan isu buli yang bagaikan tiada kesudahan khususnya melibatkan pelajar sekolah.

Menyedari betapa seriusnya permasalahan ini, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menegaskan bahawa salah laku buli perlu diperangi habis-habisan dan dijadikan sebagai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) oleh setiap pentadbir sekolah.

Kenyataan tentang buli itu dikongsi beliau di Facebook susulan lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dr Burhanuddin, Taiping, Perak pada Ahad.

image is not available
Foto: Facebook Fadhlina Sidek

Janji Fadhlina, satu insentif khas akan diberikan kepada sekolah tersebut jika berjaya mencatat sifar buli.

Terdahulu, Fadhlina disambut mesra oleh seluruh warga sekolah dalam lawatan pertamanya ke sekolah berkenaan.

"Saya mahu anak-anak di SMK Dr Burhanuddin untuk terus gigih berusaha bagi meningkatkan pencapaian akademik.

image is not available
Foto: Facebook Fadhlina Sidek

"Sebenarnya sekolah ini telah menunjukkan peningkatan prestasi yang memberangsangkan dalam beberapa tahun terakhir. Namun ia masih boleh dipertingkatkan," kongsinya yang turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM100,000 untuk sekolah berkenaan bagi tujuan tambah baik infrastruktur dan penyelenggaraan kemudahan demi keselesaan pelajar, guru serta seluruh warga sekolah.

image is not available
Foto: Facebook Fadhlina Sidek