Banteras salah laku, insentif menanti sekolah catat sifar buli – Fadhlina

LocalPolitics
17 Aug 2025 • 6:21 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menegaskan insentif menanti SMK Dr. Burhanuddin jika sekolah itu berjaya mengekalkan rekod sifar buli, sambil menekankan bahawa usaha menegah salah laku perlu menjadi keutamaan pentadbiran sekolah.

Dalam lawatan pertamanya ke sekolah di Taiping semalam, Fadhlina disambut mesra oleh guru dan murid, yang meninggalkan kesan mendalam kepadanya.

“Sepetang bersama dengan putera dan puteri SMK Dr. Burhanuddin di Taiping semalam terasa begitu singkat.
“Ini kali pertama saya sampai ke mari. Anak-anak dan guru menyambut saya dengan mesra sekali,” katanya dalam hantaran Facebook.

image is not available

image is not available

Banteras salah laku, insentif menanti sekolah

Beliau memuji pencapaian akademik sekolah yang menunjukkan peningkatan memberangsangkan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, namun menegaskan masih ada ruang untuk penambahbaikan.

Murid-murid digalakkan terus berusaha gigih bagi meningkatkan prestasi akademik.

image is not available

Fadhlina menekankan isu buli perlu diperangi habis-habisan dan dijadikan petunjuk prestasi utama bagi pentadbir sekolah.

“Salah laku buli juga perlu diperangi habis-habisan. Ia perlu dijadikan petunjuk prestasi utama oleh pentadbir sekolah.
“Saya berjanji akan memberikan insentif khas jika sekolah ini berjaya mencatat ‘sifar buli’,” ujarnya.

image is not available

Peruntukan RM100,000 yang diumumkan itu akan digunakan bagi menambah baik infrastruktur dan penyelenggaraan kemudahan sekolah, memastikan keselesaan murid, guru dan seluruh warga sekolah selari dengan usaha meningkatkan kualiti pendidikan.

Sumber: FB Fadhlina Sidek