“Saya Berterima Kasihlah Kerana Sudi Bekerjasama..” – Anggap Tumpang Populariti Fattah Amin, Sikap Rendah Diri Amira Othman Dipuji

EntertainmentLifestyle
30 Jun 2025 • 1:48 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, tular satu video di platform TikTok memaparkan pelakon serta penyanyi, Amira Othman meluahkan rasa terima kasih kepada pelakon, Fattah Amin.

Dalam video berkenaan, Amira meluahkan rasa terima kasih kerana dirinya dapat berganding dengan Fattah, lagi-lagi aktor tersebut dikenali ramai.

Siapa je yang bekerja dengan Fattah Amin ni pasti menumpang populariti dia kan, jadi saya berterima kasihlah kepada Fattah Amin dan juga management nya kerana sudi bekerjasama.

Susulan video berkenaan telah tular di platform berkenaan, rata-rata netizen mendoakan agar kedua-dua selebriti ini bertemu jodoh, memandangkan masing-masing mempunyai keperibadian yang baik.

image is not available

image is not available

Dalam pada masa yang sama, ada juga yang memuji sifat rendah diri aktres tersebut dengan mengeluarkan kenyataan bahawa dirinya hanya menumpang populariti Fattah Amin, sedangkan dia juga dikenali ramai.

image is not available 4 days ago

"Rasanya Satu Malaysia Tengah Berbunga Lah.." - Siap Panggil 'Ibu', Keakraban Amira Othman & Ibu Fattah Amin Raih Perhatian