“Saya Boleh Saman Awak” – Bengang Diganggu, Hoshi SEVENTEEN Beri Amaran Keras Buat Peminat ‘Sasaeng’

Music
9 Nov 2023 • 3:33 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Kan Hoshi dah marah!

Pada 9 November, Hoshi telah melakukan siaran langsung buat peminat di aplikasi Weverse. Namun, ianya terganggu selepas Hoshi mendapat banyak panggilan telefon dari nombor yang tidak dikenali.

Berasa bengang, ahli SEVENTEEN itu berkata,

Kalau awak telefon saya, saya tidak akan buat siaran langsung lagi selepas ini. Jadi tolong jangan telefon.

Tambahnya,

Ianya sangat menjengkelkan. Walaupun awak terhadkan ID pemanggil awak, saya masih lagi boleh buat laporan polis dan saman awak. Tapi saya tak akan buat sebab saya risau awak terlalu muda.

Adunya lagi,

Saya cuba untuk luangkan masa dengan CARAT (kelab peminat SEVENTEEN). Tapi kenapa awak asyik ganggu saya? Awak nak periksa adakah nombor saya ni betul? Awak sangat tak beradab.

Malah, bukan Hoshi sahaja yang diganggu ketika siaran langsung.

Baru-baru ini, dua ahli SEVENTEEN yang lain iaitu Jeong-han dan Min-gyu juga telah meninggalkan amaran kepada peminat ‘sasaeng’ selepas mereka ditelefon oleh nombor yang tidak dikenali ketika bersiaran langsung.

Terlebih dahulu, syarikat SEVENTEEN iaitu PLEDIS Entertainment telah mengeluarkan kenyataan yang menyatakan bahawa mereka akan mengambil tindakan yang tegas ke atas sesiapa yang mengganggu hak privasi kumpulan tersebut.

Kesian Hoshi, nak cakap dengan peminat pun tak tenang.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.