Nama pempengaruh Marissa Dania Hakim sekali lagi menjadi perhatian apabila memuat naik video berunsur luahan perasaan di media sosial.
Menerusi video ringkas itu, Marissa menggambarkan dirinya sebagai wanita kuat dan berdikari, namun mengakui masih menyimpan harapan dalam hubungan yang dilalui.
“Bila saya cakap, “Saya boleh sendiri”. Tetapi dalam diam saya mengharapkan saya, “Aku temankan, ada aku, kita jalan sama-sama, bersama aku, aku ada untukmu, kita bersama-sama,”.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tampil memberi pandangan dan nasihat agar Marissa mempertimbangkan untuk berundur demi kebahagiaan diri.
View this post on Instagram
“Tolong undur diri Marissa. Memang berat dan pahit untuk kita lalui. Tapi ada pelangi yang akan menjelma apabila kita lepaskan orang yang memang sebenarnya hak orang lain. Jangan takut. Allah ada, Allah tak pernah tengok permulaan kita. Dia akan tengok pengakhiran kita.”
Perkongsian tersebut dipercayai dibuat selepas Marissa sebelum ini mengesahkan rumah tangganya bersama Ahmad Aslam kini berada di penghujungnya.
Untuk rekod, Marissa Dania Hakim merupakan isteri kedua kepada Ahmad Aslam selepas bernikah di Songkhla, Thailand pada Disember 2023.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Bayaran Satu Show Dia Dah Sama Gaji Sebulan Ahli Parlimen" - Syed Saddiq
The post “Saya Boleh Sendiri, Tapi Dalam Diam Hati Saya Inginkan..” – Marissa Dania Hakim first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
