“Aku Cakap Bisa Sendiri Tapi Dalam Diam Aku Harapkan…” – Hantaran Terbaru Marissa Dania Raih Perhatian

EntertainmentLifestyle
21 Apr 2026 • 11:35 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Nama pempengaruh, Marissa Dania sekali lagi mencuri perhatian ramai selepas memuat naik satu hantaran menyentuh emosi di media sosial.

Perkongsian ringkas itu seolah-olah menggambarkan isi hati sebenar, lebih-lebih lagi ketika dia sedang melalui fasa sukar dalam kehidupan peribadinya.

“Bila aku cakap aku bisa sendiri tapi dalam diam aku harapkan…”

marissa dania
Kredit foto: TikTok Marissa Dania
marissa dania
Kredit foto: TikTok Marissa Dania

Dalam hantaran tersebut, Marissa menulis:

♬ suara asli – This is April – This is April

Perkongsian ini jelas memberi gambaran tentang seseorang yang cuba kelihatan kuat dan berdikari, tetapi dalam diam sebenarnya mengharapkan kehadiran seseorang untuk bersama.

Untuk rekod, Marissa sebelum ini mengesahkan bahawa rumah tangganya bersama Aslam kini berada di penghujung dan dalam proses perpisahan. 

Dalam masa sama, Marissa juga memohon agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi atau kenyataan yang boleh mengeruhkan lagi keadaan.

Pssttt! Kadang-kadang, orang yang nampak paling kuat sebenarnya sedang berperang dengan perasaan sendiri. Tak salah untuk berdikari, tapi dalam masa sama kita semua perlukan seseorang untuk sandaran. Harap Marissa terus kuat melalui fasa ini dan dipermudahkan segala urusan.

Kredit: TikTok Marissa Dania | Featured Image IG Marissa Dania
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post “Aku Cakap Bisa Sendiri Tapi Dalam Diam Aku Harapkan…” – Hantaran Terbaru Marissa Dania Raih Perhatian appeared first on Oh! Media.