Neelofa Dedah Tak Pernah Beli Barang Dapur Guna Duit Sendiri - “Sewa Rumah, Bil Air & Api Semua Saya Tak Pernah Sentuh…”

18 Oct 2024 • 2:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon dan usahawan, Neelofa berkongsi bahawa dirinya tidak pernah mengeluarkan wang untuk keperluan rumah sebaliknya perkara itu diuruskan oleh suaminya, Haris Ismail.

Menerusi sesi podcast bersama aktres, Nora Danish dan pempengaruh, Natasha M Ozeir, Neelofa menyatakan Haris tidak membenarkan dia membeli barangan keperluan dapur menggunakan wangnya sendiri.

Menurut Haris, segala keperluan yang termasuk dalam kewajipan nafkah adalah tanggungjawabnya sebagai seorang suami.

“Sewa rumah, bil air dan api, barangan dapur semua saya tak pernah sentuh sejak saya dan Haris berkahwin. Itu suami yang kena sediakan.

“Kadang-kadang saya beli susu anak ke atau pergi beli barangan dapur, dia akan tanya mana bil. alau dia nampak saya beli barang dapur tapi tak minta dia duit, dia cakap jangan buat macam ni. Sebab dia kata itu bahagian (tanggungjawab) dia yang kena bayar,” kongsinya.

Dalam pada itu, Neelofa turut menitipkan pesanan di mana seorang isteri perlu menghormati suami kerana mereka adalah ketua dalam institusi kekeluargaan.

“Kenapa perempuan kena ikut cakap suami, kena hormat suami? Sebab bila kita jadi anak perempuan, semua tanggungjawab adalah di atas bahu ayah kita.

“Kemudian, seorang lelaki datang ambil kita (berkahwin), jadi rumah, makanan dan perlindungan semua tanggungjawab dia. Jadi kita berhak menghormati dia untuk dia pimpin keluarga. Sebab itu kena tunduk suami,” ujarnya.
 


 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved