“Saya Buat Live Secara Spontan” – Zumba Pakai Tudung Tapi Tak Pakai Kain, Wanita Ini Bersuara

LocalPolitics
19 Jan 2026 • 10:48 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Tular baru-baru ini satu rakaman video memaparkan aktiviti senaman aerobik yang dikatakan berlangsung di Bukit Badong, Selangor.

Peserta dalam video itu berpakaian menjolok mata walaupun bertudung, hingga menimbulkan kecaman netizen.

Kejadian itu telah menarik perhatian Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang menyifatkannya sebagai tidak beradab dan pihak mereka sedang menjalankan siasatan lanjut terhadap penganjur serta individu yang terlibat.

“Perbuatan sangat tidak beradab dan boleh jejas maruah Islam”

image is not available

Dalam satu kenyataan rasmi bertarikh 18 Januari 2026, JAIS menyatakan tindakan tersebut dikhuatiri mengandungi unsur yang boleh dianggap tidak sopan di tempat awam.

Ianya juga dikhuatiri boleh mencemarkan imej agama Islam.

image is not available

Perbuatan tersebut selain sangat tidak beradab, ia mengandungi beberapa elemen yang boleh dikaitkan dengan perlakuan tidak sopan di tempat awam atau suatu perbuatan yang menyebabkan agama Islam dipandang hina.

“Saya minta maaf, saya buat live secara spontan”

@utusanmelayuplusofficial

Netizen kecam tindakan mereka yang dianggap menghina Islam. Rata² menggesa JAIS mengambil tindakan tegas. Bukit Badong, Selangor. #zumba #bertudung #takberkain #bukitbadong #senamrobik

♬ original sound – Utusan Melayu Plus – Utusan Melayu Plus

Terbaharu, wanita yang muncul dalam video tular berkenaan akhirnya tampil membuat permohonan maaf secara terbuka dan menjelaskan bahawa aktiviti zumba tersebut dilakukan secara spontan tanpa sebarang niat untuk menimbulkan isu. Bagaimanapun, dia tetap akur dan menerima teguran masyarakat.

Pssttt! Meskipun niat mungkin tidak salah, tapi bila ia melibatkan sensitiviti masyarakat dan agama, setiap gerak-geri perlulah lebih berhati-hati. Semoga jadi pengajaran buat semua agar tidak ulang kesilapan yang sama.

Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post “Saya Buat Live Secara Spontan” – Zumba Pakai Tudung Tapi Tak Pakai Kain, Wanita Ini Bersuara appeared first on Oh! Media.
View Original Article