
Penyanyi Fieya Julia tampil membuat permohonan terbuka agar orang ramai tidak lagi berkongsi atau memuat naik semula kandungan lamanya di media sosial.Menerusi perkongsian di Threads, Fieya atau nama sebenarnya Nur Syafieya Julia Abdul Rahim mengakui dirinya bukanlah seorang insan yang sempurna dan masih mempunyai banyak kekurangan serta kelemahan.Bagaimanapun, pelantun lagu ‘Perasaanku’ itu menjelaskan bahawa dia hanya mampu melakukan sesuatu mengikut kemampuan diri sendiri.“Saya bukan insan yang sempurna, malah banyak lagi kekurangan dan kelemahan saya.“Mana yang saya mampu, saya buat. Tapi mana di luar kemampuan saya, saya minta sangat jasa baik kawan-kawan janganlah share atau upload lagi content-content lama masa saya freehair,” tulisnya.Dalam masa sama, Fieya turut menyampaikan permohonan itu dengan cara yang baik tanpa menyalahkan mana-mana pihak.Setakat ini, perkongsian berkenaan menerima pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial.

