‘Saya bukan orang senang…’ – Pemuda hilang punca lepas tayar motosikal dicuri

29 Apr 2025 • 3:40 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Seorang penghantar makanan Foodpanda yang baru berhijrah dari Kelantan ke Selangor demi mencari rezeki diuji apabila tayar motosikalnya dicuri sebelum sempat memulakan tugas harian.

Menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok @alifsyhzi, kelihatan lelaki tersebut dalam keadaan sugul ketika menceritakan kejadian malang yang menimpanya.

Menurutnya, dia baru keluar dari rumah sewa di Southville untuk mencari rezeki apabila mendapati tayar motosikalnya hilang, manakala skru yang dipatahkan ditinggalkan di tempat kejadian.

@alifsyhzi

Kes harini rim kene curi time nak p kerja kat Savanna Southville☺️#foodpanda #lc135malaysia #lcv1jahat #lc135padu #foryoupage #luncurrrrr #fyp #oribudu @Dania Garage Official @ppr_racing

♬ original sound – –

“Saya datang dari Kelantan, ride sorang-sorang nak cari duit untuk tampung belajar, tampung keluarga. Saya bukan orang senang,” luahnya dengan riak wajah yang penuh kecewa.

Menurut Alif, nilai rim yang dicuri hanyalah sekitar RM150 manakala tayar pula berharga RM60. Walaupun kerugian itu besar buatnya, dia reda dengan ujian tersebut dan menganggap tiada rezeki untuk hari itu.

Dalam video itu juga, Alif menyampaikan pesanan sekiranya pencuri tersebut melihat videonya yang kini tular di FYP TikTok dengan pesanan “Tak elok mencuri, rezeki ada di mana-mana.”

Walaupun diuji dengan insiden ini, Alif tetap berusaha kekal positif dan berdoa agar rezekinya dipermudahkan di negeri orang.

Kejadian kecurian ini bukanlah kali pertama berlaku di Southville apabila seorang wanita turut memuat naik hantaran video di TikTok memaparkan tayar dan aksesori keretanya turut dicuri beberapa minggu lepas.

View Original Article