Saya bukan pembuli – Maria Tunku Sabri

LocalEntertainment
30 Aug 2026 • 10:44 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Saya bukan pembuli – Maria Tunku Sabri

SHAH ALAM: Pengacara yang juga peserta program Kilauan Emas Selebriti 2026 (KESS26), Maria Tunku Sabri, menafikan dakwaan bahawa dia seorang pembuli ketika bekerja sebagai pramugari beberapa tahun lalu.

Jelas Maria, 56, perkongsiannya dalam sebuah podcast sebelum ini disalah tafsir, sedangkan dia hanya bersikap tegas dalam menjalankan tanggungjawab sebagai ketua pramugari.

“Saya rasa ia bermula di podcast Zarul Umbrella. Saya dulu bekas ketua pramugari. Saya bukan buli orang tetapi melaksanakan tanggungjawab sebagai ketua pramugari. Jangan salah tanggapan, boleh tak?

“Bila naik penerbangan, kalau berlaku sesuatu kemalangan sama ada kecil atau besar, saya yang akan bertanggungjawab.

“Saya sangat ambil serius tentang kerja. Saya akan pastikan mereka tahu melakukan servis, pertolongan cemas (first aid) dan aspek keselamatan.

“Jadi, sebab itu saya pastikan mereka mempunyai pengetahuan yang tip-top dan 100 peratus,” katanya.

Maria ditemui Utusan Malaysia ketika sidang media Kilauan Emas Selebriti (KES) yang berlangsung di Auditorium MBSA, semalam.

Dalam pada itu, Maria menegaskan dia seorang yang mesra dengan anak kapal apabila berada di luar waktu bekerja.

“Netizen tak faham dan ingat saya pembuli. Saya tegas bab kerja.

“Namun, apabila sudah sampai destinasi, saya jadi geng dengan mereka dan ajak makan. Bila saya pakai uniform, saya ketua pramugari.

“Jangan salah tafsir, terutama yang kata saya pembuli. Bila anda dengar saya marah dalam podcast, sebenarnya sama sahaja di dunia luar.

“Misalnya, dalam industri ini pun saya kena marah dengan cikgu,” katanya.

Pengacara Jalan Jalan Cari Makan itu berharap masyarakat dapat membetulkan salah faham berkenaan dan berhenti mengaitkannya dengan dakwaan tersebut di media sosial.

“Tak baik berkata begitu sebab anda tak faham konteks. Kalau boleh, jangan ada gerakan yang mengatakan saya pembuli. Tak baik.

“Kamu buat sesuatu yang negatif. Cuba bayangkan kalau anda di tempat saya. Saya tak mahu ada situasi begitu.

“Jadilah manusia yang baik dan jangan bentuk komuniti yang tak sihat dengan mengajak orang menjadi keyboard warrior untuk menyerang saya. Saya merayu, jadilah insan yang baik sahaja,” ujarnya. -UTUSAN

The post Saya bukan pembuli – Maria Tunku Sabri appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved