‘Saya bukan tak nak bayar’ – To’ki akui kurang dapat job menyanyi, kesal dihina sebagai pengemis

15 Oct 2023 • 8:01 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Dalam episod Melodi minggu ini, penyanyi popular era 90-an, To’ki atau nama sebenar Mohd Zaki Mansur, 58, tampil menjelaskan mengenai keadaan sebenar yang berlaku.

“Setiap manusia ada jatuh dan bangunnya. Sebelum ini kan bayar, cuma dua bulan terakhir ini tak bayar sewa. Ini kerana saya perlu menjaga mertua, dengan keadaan ekonomi (tidak menentu).

“Saya bukan tak nak bayar, cuma salahnya emosi. Bila (tuan rumah) datang, bawa orang ramai, disebut pula pengemis. Kenapa orang itu bercakap seperti itu?

“Saya mesti melindungi keluarga saya. Mak mertua saya dah menghidap strok setahun lebih dan kemudian isteri.

“Jadi kalau semalam datang nak halau saya, 6-8 orang ni macam mana? Jam 4 pagi pun pernah telefon, mesej di WhatsApp ugut dan menghina. Kalau To’ki lambat bayar, saya akan viralkan.

Nafi bil elektrik tertunggak sampai RM6,000

To’ki juga menafikan bil elektrik tertunggak sehingga mencecah RM6,000. Namun tidak menafikan bil elektrik melambung tinggi disebabkan pengguna pendingin hawa.

Ditanya mengenai sumber pendapatannya, To’ki menjelaskan dia masih mengambil upah menyanyi di sebuah restoran. Tetapi pendapatan yang diperolehi umpama kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

@melodiberapi

AYAT “PENGEMIS TETAP PENGEMIS.. “ MEMBUATKAN PENYANYI TOKI BERANG DENGAN TUAN RUMAHNYA SEHINGGA BELIAU BERTINDAK MENGELUARKAN AYAT KESAT DAN MENGELUARKAN SENJATA PARANG BAGI MEMPERTAHANKAN KELUARGANYA APABILA TUAN RUMAH HADIR KE RUMAH SEWANYA YANG TIDAK DIJELASKAN BEBERAPA BULAN YANG LALU.. BARU_BARU INI MELODI BERTEMU DENGAN BELIAU BAGI MENGETAHUI APAKAH YANG SEBENARNYA YANG BERLAKU.. #meloditv3 #toki #takbayarsewarumah #ceritaartismalaysia #viral #kontroversi #hutang #fypシ゚viral #penyanyiToki #tuanrumah

♬ original sound – Melodi – Melodi

To’ki juga tidak mengetahui apa masalah jiran-jirannya sehingga sanggup melemparkan dakwaan kononnya dia menimbulkan masalah sehingga mengganggu penduduk lain.

“Saya datang ke sini, tak tahu apa masalah manusia dia ni. Ada seorang jiran ni, tak tahu apa masalah dia. Saya dah banyak kali cuba berbuat baik. Tetapi dia emang tak suka, tak tahu kenapa.

“Mula-mula saya datang duduk lebih kurang dua minggu. Bila dia cakap kalau tak sesuai duduk sini, boleh balik kat hutan. Tak apalah, saya pun abaikan saja.

“Bukan nak kata saya sombong, saya pun manusia juga. Kita bukan anak orang kaya, kita cuma orang seni yang biasa,” jelasnya.

Banyak tanggungan tetapi tidak pernah meminjam & mengemis

Penyanyi itu turut mengakui, selain menanggung keluarga dan mertuanya yang sakit, dia masih menangung dua anaknya dengan bekas isteri terdahulu, yang masih bersekolah dan salah seorangnya menuntut di universiti.

“Job kurang, walaupun saya ni susah, tetapi saya tidak berhutang dengan orang. Saya tidak pernah mengemis dengan orang. Saya tahu, saya buat kerja, saya dapat duit. Untuk meminta-minta daripada kawan, tak ada. Hutang pun tak ada, lagi nak meminta-minta?” katanya.

To’ki bersyukur Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) tampil membantunya dan menganggap ada hikmahNya walaupun dipermalukan sebegini.

Dalam temubual bersama Melodi, To’ki mengambil kesempatan memohon maaf di atas apa yang berlaku dan meminta peminat mendoakannya.