Saya bukan tali barut nafi usaha tuntut MA63: Bung

Politics
8 Jul 2022 • 4:23 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan beliau bukan tali barut yang menidakkan usaha menuntut Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang hangat dibincangkan sejak sekian lama.

Bung Moktar sebaliknya berkata beliau hanya menyarankan bahawa sudah tiba masanya pemimpin Sabah bertindak dengan bijak dalam menuntut hak rakyat Sabah yang termaktub dalam MA63 daripada kerajaan Pusat.