“Saya cuba hubungi ibu saya secara baik melalui WhatsApp tapi semua tak diendahkan”- Marissa Dania

Entertainment
19 Apr 2025 • 10:39 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini kecoh semula isu tentang anak pelakon, Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania yang menjadi isteri kedua meskipun telah setahun Marissa berkahwin.

Isu rumah tangga anak pelakon itu kembali menjadi perhatian ramai dan Abby Abadi juga ada mengeluarkan kenyataan berkenaan isu itu.

image is not available

Terkini, semalam, Marissa telah mengeluarkan kenyataan di platform media sosial Thread mengenai isu tersebut.

Marissa mendedahkan bahawa dia telah menyelesaikan secara peribadi dengan semua yang terlibat.

image is not available

Selain itu, Marissa turut berkongsi dengan pengikutnya di Thread bahawa dia telah cuba menghubungi ibunya, Abby Abadi secara baik melalui WhatsApp namun semuanya tidak diendahkan oleh ibunya.

Tiada ruang untuk perbincangan kerana ibu tak nak berjumpa. Namun, dalam masa yang sama, banyak cerita yang disebarkan di media sosial,” dedahnya.

Menurut Marissa, dia berkongsi perkara itu di Thread bukanlah untuk membalas dendam namun dia hanya mahu menjernihkan keadaaan.

image is not available

Dalam masa yang sama, Marissa turut menjelaskan perkara sebenar mengenai dakwaan bahawa suaminya, Aslam dikatakan pedofilia kerana jarak umur antara mereka berdua yang agak jauh.

Menurut Marissa, mereka sememangnya berkawan beberapa tahun ketika Marissa masih bersekolah namun mereka tidak mempunyai hubungan istimewa ketika itu.

image is not available

image is not available
Marissa Dania

Sumber:

Sumber:

Sumber:

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.