“Saya cukup memahami betapa peritnya sebuah kegagalan”- Datuk Nicol David Titip Kata-kata Semangat Buat Pearly Tan & M Thinaah

Entertainment
4 Aug 2024 • 12:48 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pasangan beregu badminton wanita negara, Pearly Tan dan M Thinaah terpaksa pulang dengan tangan kosong selepas terlepas pingat gangsa apabila tewas dengan pasangan beregu Jepun, Chiharu Shida dan Nami Matsuyama.

Walau bagaimanapun, rata-rata peminat sukan badminton negara di media sosial terutamanya di platform X dilihat tetap bangga dengan kejayaan pasangan beregu kebangsaan itu kerana berjaya mara ke peringkat tersebut di sukan Olimpik Paris.

Pearly dan Thinaah dilihat sugul dan sedih selepas terlepas pingat gangsa itu dalam perlawanan tersebut malam tadi waktu Malaysia.

image is not available

Lagenda skuasy Malaysia, Datuk Nicol Ann David telah menitipkan kata-kata semangat kepada Pearly dan Thinaah menerusi Instagram selepas tewas kepada pasangan beregu Jepun.

image is not available

Menerusi Instagram, Datuk Nicol mengatakan beliau mahu memberi nasihat atau kata-kata kepada beregu wanita Malaysia itu namun beliau tahu bahawa ia tidak akan mampu mengubati kekecewaan yang dirasai oleh Thinaah dan Pearly pada ketika ini.

Saya amat mengerti peritnya rasa apabila ditewaskan. Saya tahu bagaimana rasanya dan betapa sukar untuk melepaskan ia pergi.

Ramai yang tidak tahu dan tidak faham banyak kesukaran yang terpaksa ditempuh oleh anda di setiap peringkat yang ditempuhi, tambahan pula, kedua-dua anda juga bergelut dengan masalah kesihatan dan kecederaan,” tulis Datuk Nicol.

Namun, bekas ratu skuasy negara itu tetap mengagumi pasangan beregu wanita ini kerana mereka saling percaya dan menyokong antara satu sama lain.

Untuk pengetahuan semua, Pearly Tan dan M Thinaah menjadi pasangan beregu badminton wanita kebangsaan pertama yang berjaya mara ke peringkat separuh akhir di Olimpik.

Tewas di tangan pasangan beregu Jepun di aksi penentuan pingat gangsa menjadikan kedudukan Pearly Tan dan M Thinaah adalah di tempat keempat di temasya Olimpik edisi Paris 2024 ini.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.