“Saya Dah Biasa Kena Kecam” – Ira Kazar ‘Tak Kisah’ Kena Kutuk

LocalEntertainment
30 Oct 2024 • 12:51 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Bekas isteri kepada pelakon Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar menyatakan bahawa dia sudah terbiasa dengan kecaman daripada warganet sehingga mampu mengambil sikap tidak peduli tentangnya.

Menurut Mstar, Ira berkata warganet mengecamnya kerana tidak tahu tentang perkara sebenar yang terjadi dan hanya meninggalkan komen berdasarkan maklumat yang diperoleh di media sosial.

Tidak mengapa, saya dah biasa kena kecam.

 

Sebenarnya bagi saya kecaman itu perkara biasa sebab netizen hanya baca apa yang ada di media sosial.

 

Mereka tak tahu perkara sebenar. Tidak mengapalah, terpulang apa orang nak cakap.

Sementara itu, Ira sempat memberitahu dia bakal mengeluarkan single yang berjudul ‘Tak Kisah’ tidak lama lagi.

Dia berkata lagu tersebut berkaitan dengan dirinya yang sudah tidak peduli dengan perkara negatif yang berlaku pada dirinya.

Saya bakal keluarkan single berjudul ‘Tak Kisah’ tak lama lagi. InshaAllah bulan depan rakam muzik video. Tak Kisah sebab lantaklah apa orang nak kata.

image is not available

Sebagai info tambahan, Ira Kazar dan Syamsul Yusof berkahwin pada 6 Januari tahun lalu.

image is not available 2 days ago

"Wah Yakinnya Dia..." - Ira Kazar Nyanyi Lagu Allahyarham Siti Sarah Di Sebuah 'Event' Jadi Tumpuan Netizen