“Tak bermakna kami harus bermusuh” – Ira Kazar Dedah Hubungan Dengan Syamsul Yusof Lepas Bercerai

Entertainment
24 Oct 2024 • 12:21 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Meskipun sudah bercerai, bekas isteri kepada pengarah tersohor, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar mendedahkan bahawa hubungannya dengan bekas suami kini berada dalam keadaan baik.

Menurut Harian Metro, Ira berkata, walaupun rumah tangga mereka tidak bertahan lama, namun masing-masing tidak menyimpan dendam.

Kami sedar tidak semua hubungan berjalan seperti yang dirancang. Namun, itu tidak bermakna kami harus bermusuh.

“Kami masih berhubung dan berkongsi pandangan mengenai perkara-perkara tertentu. Hubungan kami sekarang lebih kepada rakan,” katanya.

image is not available

Tambah Ira lagi, keputusan untuk tidak bermusuhan adalah jalan yang terbaik buat mereka, terutamanya dalam memastikan kesihatan mental dan emosi masing-masing.

Kami berdua layak untuk kebahagiaan masing-masing. Saya dan Syamsul nak lalui kehidupan dengan tenang.

“Orang luar tidak akan memahami sepenuhnya apa yang berlaku, jadi lebih baik kita fokus kepada apa yang penting dalam hidup kami,” katanya lagi.

image is not available

Ira yang kini sedang sibuk dengan single duet bersama Alan D berjudul Tak Kisah itu juga berkata dia hanya mahu teruskan hidup dan fokus dengan kerjaya.

Dia juga mendoakan yang terbaik buat Syamsul dan yakin Syamsul juga pasti mendoakan yang sama untuk dirinya.

Baguslah kalau masing-masing dah move on dan jalani hidup dengan tenang.

Sumber: Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.