“Saya Dah Biasa Orang Tak Suka” – Aisar Khaled Mohon Maaf Lewat Respon, Pulangkan Duit Tersalah ‘Transfer’

29 Jun 2026 • 2:20 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Selepas beberapa hari menjadi perhatian di Threads, isu melibatkan seorang wanita yang mendakwa suaminya tersalah transfer wang ke akaun pempengaruh Aisar Khaled akhirnya selesai dengan baik.

Sebelum ini, Syfidaa memuat naik hantaran di Threads meminta bantuan orang ramai untuk tag Aisar Khaled selepas suaminya tersalah transfer duit ke akaun pempengaruh itu.

Suami tersalah transfer duit ke akaun Aisar Khaled

Menurutnya, suaminya mahu memindahkan wang ke akaun lain, namun secara tidak sengaja memilih akaun Aisar yang pernah disimpan dalam senarai kegemaran Maybank kerana sebelum ini pernah membuat sumbangan kepada Aisar.

aisar khaledd

Menerusi perkongsian terbaharu, Syfidaa meluahkan rasa syukur apabila Aisar bukan sahaja memulangkan semula wang RM600 yang tersilap dipindahkan, malah turut memberi lebih daripada jumlah asal iaitu RM1,500.

Aisar siap bagi lebih

aisar khaledd

Malah, Aisar memohon maaf mengambil masa yang lama kerana tidak aktif di Thread dan sibuk.

Wanita itu juga memohon maaf kerana terpaksa menularkan isu di Thread untuk mendapat perhatian Aisar. Dia tidak berniat untuk menjadikan Aisar sebagai bahan kecaman netizen.

aisar khaledd

Aisar berkata, dia sudah biasa orang tidak suka dengannya dan mendoakan semoga wanita itu sekeluarga dimurahkan rezeki.

Pssttt! Dalam masa sama, kisah ini juga jadi pengajaran buat semua supaya lebih berhati-hati ketika membuat transaksi wang, terutama jika ada akaun lama yang masih disimpan dalam senarai kegemaran perbankan.

Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post “Saya Dah Biasa Orang Tak Suka” – Aisar Khaled Mohon Maaf Lewat Respon, Pulangkan Duit Tersalah ‘Transfer’ appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved