“Saya Dah Takluk Hati Mimi, Tunggu Nak ‘Lock’ Masa Yang Sesuai” – Syafiq Kyle

EntertainmentLifestyle
15 Aug 2024 • 2:02 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon kacak Syafiq Kyle baru-baru ini memberi bayangan mengenai hubungan cintanya bersama aktres Mimi Lana seakan-akan sudah kembali berputik.

Syafiq memberi bayangan itu ketika ditemubual satu stesen radio tempoh hari.

Meskipun menjawab soalan penyampai radio Azad Jasmin dalam keadaan bergurau, Syafiq berkata dia kini sedang menunggu ‘green light’ daripada Mimi.

Tertakluk kepada terma dan syarat. Saya dah takluk hati Mimi, tunggu nak lock, masa yang sesuai nak diizinkan. Insya-Allah, Aminn.

Terdahulu, Mimi dan Syafiq mengumumkan pembatalan majlis perkahwinan mereka sekitar pertengahan bulan Ogos tahun lalu.

Namun begitu, kedua-duanya masih berkawan baik sehingga ke hari ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 day ago

Kes Pukul Muka Isteri Diteruskan, Reaksi Hafidz Roshdi Jadi Tumpuan