'Saya datang dengan lima anak' - Ulang tahun ke-10, Awie hargai Sharifah Ladyana, wanita yang menerima masa lalunya

EntertainmentLifestyle
23 Nov 2026 • 12:49 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: 'Saya datang dengan lima anak' - Ulang tahun ke-10, Awie hargai Sharifah Ladyana, wanita yang menerima masa lalunya

PENYANYI rock tersohor, Datuk Awie menzahirkan rasa syukur apabila meraikan ulang tahun perkahwinan ke-10 bersama isteri tercinta, Datin Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin.

Menerusi ucapan yang tular di laman sosial, vokalis kumpulan Wings itu mengenang kembali perjalanan cinta mereka, termasuk perasaan bimbang isterinya tidak dapat menerima dirinya yang hadir bersama lima orang anak.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman mengakui, bukan mudah untuk melangkah ke alam perkahwinan sekali lagi apabila membawa masa lalu dan tanggungjawab besar sebagai seorang bapa.

Namun, penerimaan Sharifah Ladyana menjadi sesuatu yang amat bermakna buat dirinya.

Image from: 'Saya datang dengan lima anak' - Ulang tahun ke-10, Awie hargai Sharifah Ladyana, wanita yang menerima masa lalunya

"Saya datang dengan masa lalu. Saya datang dengan luka dan dengan lima orang anak.

"Saya ingat lagi perasaan takut dia akan menolak lamaran. Takut dia tak boleh terima saya dan ada lima orang anak.

"Tapi wanita ini berhati kental, dia tak pernah tanya masa lalu saya," ujarnya yang turut berharap hubungan mereka kekal hingga ke jannah.

Dalam majlis ulang tahun perkahwinan itu, Awie dilihat berjalan beriringan bersama suri hatinya, selain meraikan momen istimewa berkenaan bersama anak-anak mereka.

Image from: 'Saya datang dengan lima anak' - Ulang tahun ke-10, Awie hargai Sharifah Ladyana, wanita yang menerima masa lalunya
Awie dan Sharifah Ladyana ketika diijab kabul pada 7 Oktober 2016

Lebih bermakna, penyanyi berusia 58 tahun itu turut menyampaikan lagu Maharaniku yang dicipta khas buat Sharifah Ladyana.

Anak lelakinya yang juga penyanyi baharu, Putra Ahmad Merrah, turut memeriahkan majlis dengan mendendangkan lagu My Baby You nyanyian asal penyanyi antarabangsa, Marc Anthony.

Untuk rekod, Awie dan Sharifah Ladyana diijabkabulkan pada 7 Oktober 2016 selepas empat bulan mengikat tali pertunangan.

Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan dua anak lelaki iaitu Putra Ahmad Andeeka dan Putra Ahmad Arjunna.

Sebelum itu, Awie memiliki lima cahaya mata daripada perkahwinan terdahulu bersama Arni Nazira dan Rozana Misbun, iaitu Putri Aleeya Antasha, Putri Aleefa Antasha, Putra Ahmad Merrah dan Putra Ahmad Rezzki.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved