“Saya Datang Rumah..” – Kang Dongwon & Taeyeon Girls’ Generation Ditebak Sedang Bercinta?

Music
15 May 2024 • 1:35 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Kang Dong-won muncul di rancangan radio MBC untuk mempromosikan filemnya “The Plot”.

Semasa rancangan itu, DJ Kim Shin-young menyebut,

Taeyeon bukan jenis yang sering muncul di rancangan radio. Tetapi ketika dia muncul di sini, dia memilih ‘Diundang ke rumah Kang Dong-won’ berbanding ‘Mengundang Kang Dong-won ke rumahnya.’

Sebagai balasan, Kang Dong-won ketawa dan berkata,

Oh, saya akan mengundangnya suatu hari nanti. Tetapi saya juga suka diundang.

image is not available

Interaksi itu, walaupun bersahaja, cukup untuk mencetuskan “khabar angin percintaan”, seperti yang ditulis dalam tajuk artikel yang sedang trending di Korea kini. “Mereka mungkin mencetuskan khabar angin pencintaan dengan komen seperti ini,” ungkap satu artikel yang telah menarik lebih 170,000 tontonan di platform berita Naver.

Kalau ya pun, apa salahnya kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.