Sebab Kenyataan Ahn Eunjin Ini, Peminat Syak Song Kang & Kim Yoojung Sedang Bercinta?

EntertainmentMusic
10 May 2024 • 3:21 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Adakah Song Kang dan Kim Yoo-jung sedang bercinta sekarang?

Baru-baru ini, seorang individu di laman X telah memuat naik semula video Ahn Eun-jin, ketika dia muncul dalam program “You Quiz on the Block”.

Khususnya, wanita itu telah mendedahkan bagaimana untuk tahu sekiranya pelakon sedang bercinta. Katanya,

Saya tahu macam mana nak tentukan kalau mereka adalah pasangan ataupun tidak. Kalau mereka nak pergi makan/parti, mereka tak akan duduk bersama pada awalnya sekiranya mereka sedang bercinta.

Merujuk kepada video itu, seorang peminat mendakwa bahawa Song Kang dan Kim Yoo-jung mungkin sedang menjalinkan hubungan kini kerana mereka tidak duduk bersebelahan ketika di majlis penutup untuk “My Demon”.

Namun, ia hanyalah spekulasi yang dibuat peminat dan tiada bukti kukuh lain yang disertakan.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.