Saya diceraikan kali pertama ketika hamil anak sulung – Isteri Nubhan

LocalFamily & Parenting
16 Oct 2025 • 2:20 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Isteri kepada penyanyi Nubhan, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek mendedahkan bahawa dia pernah diceraikan oleh suaminya buat kali pertama ketika sedang hamil anak sulung mereka pada tahun 2017.

Menurut peguam syarie yang mewakilinya, Datuk Akberdin Abdul Kader, pihaknya memohon mahkamah mengesahkan terlebih dahulu lafaz cerai kali pertama yang berlaku lapan tahun lalu serta proses rujuk selepasnya, sebelum prosiding pengesahan talak kedua yang berlaku pada 26 Ogos lalu diteruskan.

Diceraikan kali pertama

image is not available

“Saya diceraikan kali pertama ketika hamil anak sulung,” ujarnya kepada Kosmo!Online.

Katanya lagi, dia menyerahkan sepenuhnya urusan kepada suaminya berkaitan lafaz cerai dan rujuk yang berlaku sebelum ini tidak didaftarkan secara rasmi.

Diceraikan kali pertama

image is not available

“Itu (patutnya diuruskan) Nubhan,” katanya yang hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Sepang pada pukul 9.40 pagi tadi bagi prosiding pengesahan lafaz cerai difailkan suaminya.

Sekadar info, Nubhan dan Dr Afifah mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8; Ahmad Aaffan, 6; serta Afzan Nayille, 3 tahun.

Sumber: Kosmo!Online (Hanisah Selamat)