“Saya Diugut & Takut Dipukul..” – Sabrina Dedah Pengalaman Buruk Bekerja Di Bawah Agensi Artis Korea

27 Jan 2024 • 3:22 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Bukan mudah nak bertahan sekiranya kita terperangkap dalam sistem pengurusan yang toksik.

Terbaru, Sabrina yang terkenal sebagai pempengaruh kandungan Korea di Malaysia telah mendedahkan sisi gelap yang dilaluinya semasa aktif di bawah syarikat pengurusan artis di negara itu.

Katanya, dia sering dilayan acuh tak acuh dari sudut pengurusan hingga perlu memersiapkan diri sendiri apabila menghadiri sebarang jadual seni. Malah dia berkongsi bayaran yang diterima perlu dibahagi sebanyak 50% buat agensi tersebut. Sabrina hanya menyedari bahawa pendapatan itu tidak normal apabila rakannya mempersoalkan pembahagian yang agak zalim tersebut.

@jpbrinx0/10 experience never wanna do it again also finally able to get this off my chest cuz im not scared anymore

♬ original sound – Sabrina 리나

‘Teh’ yang ditumpahkan semakin panas apabila wanita itu mendedahkan bahawa pemilik agensi itu bertindak sedikit agresif apabila dia mendapat tahu bahawa artis di bawah naungannya bercakap mengenai hal pengurusan di belakangnya,

Dia mengumpulkan kami di dalam satu bilik yang sama dan memaksa semua untuk menandatangani kontrak baru di mana penaltinya kami perlu membayar 50,000 won setiap tahun selama 5 tahun sekiranya melanggar mana-mana klausa di dalam kontrak berkenaan.

Jelasnya lagi mengenai situasi genting ketika itu,

Itu ialah malam yang paling traumatik bagi saya. Lelaki itu berbadan agak besar dan dia mula bertindak ganas, dan menghempuk pelbagai benda sebelum memisahkan kami supaya tiada yang dapat berkomunikasi. Saya berasa takut sekiranya dia akan memukul saya.

Sabrina mengakui bahawa sesi konfrontasi itu berlangsung selama 3 jam namun dia memilih untuk tidak menandatangani kontrak baru. Malah dia berjaya membatalkan kontrak lama dengan bantuan guaman.

image is not available

Lebih mengejutkan apabila dia menceritakan bahawa terdapat pempengaruh di bawah syarikat yang sama menceritakan bahawa dia mempunyai hubungan terlarang dengan CEO itu dan hanya mengetahui bahawa pemilik itu sudah berkahwin sebenarnya selepas itu.

Apa pun, Sabrina mengatakan bahawa artis lain di agensi itu berada dalam keadaan baik kini dan berharap agar semua menjaga diri mereka.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.