“Saya drive Mercedes” – Netizen ‘Cringe’ Tengok Pelanggan Mengamuk Minta ‘Refund’ Sebab Salah Dapat Order

Entertainment
14 Dec 2023 • 5:46 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tidak dapat menahan rasa marah kerana restoran melakukan kesilapan dalam pesanan makanannya, seorang lelaki bertekad untuk ke kedai makan tersebut untuk marah dan memaki hamun pekerjanya.

Video itu tular di platform media sosial X, namun selain kecaman, ramai netizen memberikan kritikan sinis terhadap individu ini.

Video berdurasi 1 minit 35 saat itu memperlihatkan lelaki ini membawa masuk bungkusan makanan yang tersilap hantar itu ke kedai makan tersebut yang terletak di dalam sebuah pusat membeli belah.

Sesampainya di premis tersebut, lelaki itu mencari pengurus restoran dan memarahi pihak restoran yang didakwa silap hantar pesanan makanan.

Oleh itu, lelaki ini meminta ganti rugi daripada pihak restoran kerana dia telah bergerak sebanyak 7 kilometer ke restoran itu dari rumah. Malah, apa yang menjadi tumpuan netizen adalah, kenyataan lelaki ini yang mereka anggap cringe.

Dia telah membayar Touch N Go dan sanggup pandu keretanya yang berjenama Mercedes untuk ke mall tersebut.

Bagi netizen, ia takkan menjadi satu isu kalau lelaki tersebut hanya buat aduan di aplikasi penghantaran makanan dan mereka tak faham apa tujuan sebenar lelaki tersebut kena mention nama kereta yang dipakainya.

image is not available image is not available

Hurm, maaf la tapi min rasa macam, perlu ke?

Sumber : X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.