“Saya fokus kerja, keluarga saya” – Digelar Duda Hot, Fattah Amin Respon Ramai Nak ‘Halalkan’ Dia

LocalEntertainment
21 Oct 2024 • 1:04 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semenjak kes penceraiannya, istilah ‘ada Fattah Amin untuk dihalalkan’ menjadi buah mulut ramai netizen di media sosial terutamanya golongan wanita, dan gurauan tersebut dapat dilihat di TikTok hingga kini.

Gelaran ‘duda hot’ juga menjadi gelaran pelakon itu setelah dirinya yang kini berstatus solo. Berikutan itu, menerusi Melodi hujung minggu lalu, Fattah Amin ada tampil memberi respon berkenaan dengan usikan tersebut.

“Saya dah lama tak keluar, tiba-tiba ramai peminat kan, saya nak ucapkan terima kasih kepada semua yang masih bagi sokongan kepada saya.”

Jelas Fattah lagi, dia tidak tahu bagaimana nak memberikan reaksi tersebut kerana tumpuannya kini lebih kepada kerja dan juga anaknya, Fatima.

“Digilai ke tak digilai ke saya tak tahu nak cakap macam mana, saya memang fokus kerja, keluarga saya, pada Fatima, itu je niat saya, saya nak cari rezeki yang halal, rezeki itu boleh saya kongsi kepada keluarga saya.”

Dalam pada itu, Fattah juga menjelaskan bahawa semenjak penceraiannya, dia ada berjumpa dengan Fatima, namun keadaannya berbeza daripada yang sebelum ini.

“Saya ada jumpa Fatima, cuma keadaan dia tak sama, tapi alhamdulillah kami masih dapat berjumpa, dapat luang masa bersama-sama.”

Ditanya sama ada Fatima faham dengan situasi yang dialami sekarang atau tidak, ni respon Fattah..

“Saya tak rasa, sebab dia masih 4 tahun, dia memang anak yang bijak, anak yang pintar, rasanya dia tak sefaham kita orang dewasa, mungkin benda tu ambil masa, apa yang penting sekali sebagai daddy dia saya akan meluangkan masa sebanyak mungkin untuk dia.”

Fattah Amin dan Fazura sah bercerai talak satu pada 6 Oktober lepas Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Mereka yang mula mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan Nur Fatima Aisya, 4.

Sumber : TikTok , Melodi TV3

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.