
"B yang nak kawin dengan sayang, B yang nak hidup dengan sayang, bukan orang lain," itu antara kata-kata manis suami kepada Siti Nurnatasha Husna Imtiyaz Ahmad sebelum menyuntingnya sebagai suri hati.
Jelas Siti Nurnatasha, 25, bersuamikan lelaki Muhammad Shahril Rizal Hanafiah, 28, yang disifatkan 'elok' pada pandangan ramai ibaratnya satu tuah.
"Paras rupa mahupun fizikal bukan ukuran kebahagiaan dalam rumah tangga kerana bagi saya, semua orang tak kira macam mana pun saiznya layak mencintai dan dicintai.
"Saya tak hairan orang nak cakap apa. Memang kalau time kami keluar bersama akan ada orang yang tengok. Ya saya faham sebab saya besar..saya gemuk. Tetapi itu semua saya telah biasa dari zaman kami bercinta. Suami pun selalu pujuk saya dan selalu cakap dia sayang saya.
"Saya memang bertuah kerana saya tahu dia memang sayang saya. Saya bukan nak cakap apalah. Duit gaji dia, duit bonus dia, nombor akaun dia semua dia bagi saya. Dia hanya ambil duit belanja makan dia sahaja," katanya kepada Gempak.
