
Dunia perlumbaan MotoGP sekali lagi dikejutkan dengan pendedahan jujur daripada bintang pasukan Ducati Lenovo, Marc Marquez. Melalui siri dokumentari popular Inside Ducati, Marc menceritakan detik-detik sukar yang dialaminya ketika Grand Prix British di litar Silverstone.
Selepas mengharungi perlumbaan yang mencabar dan hanya mampu menduduki tempat ketujuh, pelumba Sepanyol itu mendedahkan bahawa masalah fizikal menjadi punca utama prestasinya merudum, dan bukannya masalah jentera atau tayar.
“Hari ini tayar berfungsi dengan lebih baik, tetapi masalah fizikal pula timbul. Saya berdepan risiko kemalangan dan langsung tiada kawalan pada tangan kanan saya,” jelas Marc kepada pasukan ketika itu.
Pendedahan ini merujuk kepada kesan pembedahan saraf yang dijalaninya sebelum ini. Walaupun tayar jentera Ducati Desmosedici menunjukkan peningkatan berbanding hari sebelumnya, kelemahan pada tangan kanannya menyukarkan beliau untuk mengawal jentera dengan sempurna di selekoh.
Sementara itu, rakan sepasukan beliau, Francesco Bagnaia, turut mengalami nasib malang apabila terbabit dalam kemalangan selepas bergelut dengan kecergasan fizikal dan isu arm pump sepanjang hujung minggu perlumbaan tersebut. Cabaran fizikal ini jelas memberi tekanan besar buat kem Ducati dalam persaingan merebut kejuaraan dunia musim ini.
Adakah ini penamat buat era cemerlang Marc dan Ducati? Teruskan bersama Two Wheels..!
The post “Saya Hampir Kemalangan, Saya Tidak Dapat Mengawal Tangan Kanan Saya” – Marc appeared first on TW Media.


