‘Saya hantar barang, apa masalah abang ni?’ – Penghantar barang diserang ‘Abang Stopa’

LocalPolitics
23 Aug 2024 • 4:29 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

KAJANG, SELANGOR – Sebuah video yang menunjukkan insiden keganasan antara pemandu van penghantar barang dan penunggang motosikal telah menjadi tular di media sosial.

Dalam video tersebut, penunggang motosikal yang dikenali sebagai ‘Abang Stopa’ bertindak memecahkan cermin van dan mengugut membunuh pemandu van tersebut dengan menggunakan penyodok tanah.

Menurut pemandu van, dia hanya menjalankan tugas untuk menghantar barang di kawasan kejadian.

“Saya hantar barang bang. Apa masalah abang ni?” tanya pemandu van tersebut dalam video berkenaan.

Namun, penunggang motosikal itu bertindak agresif dan mengeluarkan kata-kata kesat serta ugutan.

“Aku hentak, mati kau kang! Keluar! Kau keluar! Aku pecah cermin depan kereta kau kang!” jerit Abang Stopa selepas memecahkan cermin di bahagian pintu pemandu dengan menggunakan topi keledarnya.

Mangsa terkejut dengan tindakan lelaki itu dan menjelaskan van tersebut milik syarikat, bukan miliknya.

“Abang dah pecahkan cermin kereta company ni bang,” katanya.

Tetapi, lelaki tersebut enggan peduli dan meminta mangsa membuat laporan polis jika tidak berpuas hati. Dia kemudian mengambil penyodok dari timbunan pasir di depan rumah penduduk untuk mengertak mangsa.

“Babi ni aku bunuh kau mati kang!” katanya.

Punca sebenar kejadian masih belum diketahui, namun ramai netizen berpendapat tindakan penunggang motosikal tersebut melampau dan wajar dikenakan tindakan undang-undang. Malah, mangsa juga tidak sepatutnya bertikam lidah dengan lelaki itu yang menyebabkannya berang.