Saya hanya nak makan, kenapa pakai comot masuk restoran mewah kena ‘judge’?- Nabila Huda

EntertainmentLifestyle
21 Apr 2026 • 4:29 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon, Nabila Huda meluahkan rasa kurang selesa apabila mendakwa menerima layanan berbeza ketika mengunjungi sebuah restoran mewah susulan penampilannya yang santai.

Menerusi perkongsian di Threads, beliau menggambarkan situasi seolah-olah dirinya dipandang rendah oleh pekerja serta pelanggan lain hanya kerana tidak berpakaian mengikut suasana premis berkenaan.

Menurutnya, dia keluar dalam keadaan ringkas dengan hanya mengenakan t-shirt dan selipar tanpa bersiap secara berlebihan, namun berdepan pandangan yang dianggap menghakimi sehingga menimbulkan rasa tidak selesa.

“Kenapa kadang-kadang bila pakai comot nak masuk restoran mewah kena pandang macam kena ‘judge’?” katanya.

image is not available

Nabila turut mendakwa terdapat pelanggan yang memberikan pandangan seolah-olah dirinya seperti gelandangan ketika berada di restoran tersebut.

“Dan ada juga pelanggan yang bagi pandangan macam kita gelandangan,” ujarnya.

Dalam pada itu, pelakon filem Gayong itu menegaskan bahawa perkongsiannya bukan bertujuan untuk meraih layanan istimewa, sebaliknya hanya mengharapkan layanan yang adil tanpa mengira penampilan.

“Saya hanya nak makan… tak boleh ke kita dilayan sama adil?” katanya.

image is not available

Artikel lain: Nabila Huda anggap doa belum makbul, akui kemelut keluarga belum berakhir

Tambahnya, layanan berdasarkan penampilan tidak sepatutnya berlaku, malah setiap pelanggan wajar diberikan layanan sama rata termasuk dari segi layanan mesra.

image is not available

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan warganet yang turut berkongsi pengalaman serupa, selain menyuarakan kepentingan layanan pelanggan yang lebih profesional tanpa prejudis.

Sumber: Threads kupu_kupu

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved