“Saya Hidup Macam Haiwan..” – Dah Muncul Dalam Lebih 200 Projek, Kim Youngok Akui ‘Gila Kerja’

31 Jan 2024 • 3:47 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Kalau cakap tentang pelakon veteran Korea, nama Kim Young-ok pastinya tidak akan terkecuali.

Terbaru dalam program Channel A “Oh Eun Young’s Golden Counseling”, Kim Young-ok telah muncul sebagai tetamu dan menceritakan tentang perjalanan kerjayanya yang panjang.

Untuk pengetahuan, pelakon yang sudah berusia 88 tahun itu telah muncul dalam lebih 200 karya kini. Dalam program itu, dia mengaku,

Saya rasa saya gila kerja. Bukankah itu mustahil? Saya boleh ada penyakit mental jika tidak bekerja. Saya hidup seperti seekor haiwan, buat sahaja apa yang datang kepada saya.

image is not available

Ketika ditanya sama ada dia pernah pergi bercuti panjang, Kim Young-ok menjawab,

Saya tidak pernah. Saya bekerja seperti lembu tanpa henti, seolah-olah kerja adalah seluruh hidup saya.

Fuh dah lama tau Kim Young-ok berlakon!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.