“Tak Pilih, Dia Merajuk” – Kim Seonho Pilih Nak Berlakon Sekali Lagi Dengan Pelakon Wanita Ini

11 Jan 2024 • 12:07 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Mesti ramai kan pernah layan gandingan Kim Seon-ho dan Moon Ga-young dalam “Welcome to Waikiki 2″ dulu?

Terbaru, Kim Seon-ho dan Moon Ga-young ada muncul dalam video di saluran YouTube ‘Asia Artist Awards’ di mana kedua pelakon itu memilih dengan selebriti manakah mereka ingin bekerjasama.

Khususnya, Asia Artist Awards telah menyediakan gambar selebriti yang hadir di majlis anugerah berkenaan, supaya mereka boleh memilih siapa yang mereka mahu.

Dalam video itu, Moon Ga-young memilih untuk bekerja dengan Jung Sung-il, Moon Sang-min dan Kim Seon-ho. Mengenai sebab mengapa dia memilih Kim Seon-ho, wanita itu secara berseloroh berkata,

Saya pilih Kim Seon-ho sebab kalau saya tak pilih dia, dia akan merajuk.

image is not available

Kemudian apabila tiba giliran Kim Seon-ho, dia juga turut memilih Moon Ga-young sambil menyatakan,

Saya akan memilih rakan dan adik saya, Moon Ga-young. Secara peribadi, dia seorang pelakon yang sangat saya hormati.

Best juga kan kalau dapat tengok mereka berlakon bersama sekali lagi?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.