“Saya Hilang Hormat” – Hantaran Terbaru Jisoo BP Di IG Teruk Dikecam Netizen

23 Dec 2023 • 12:58 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Sentiasa menjadi perhatian umum, hantaran Ji-soo BLACKPINK di Instagram baru-baru ini telah dikecam netizen.

Pada 22 Disember, Ji-soo telah memuat naik beberapa foto di Instagram Story dan salah satu daripadanya adalah gambar kopi dari Starbucks.

Tulisnya,

Saya kedinginan di atas talian..Ia terlalu sejuk.

Bagaimanapun, perkongsian tersebut telah teruk dikecam netizen kerana Starbucks adalah salah satu jenama yang aktif memberi sokongan buat serangan Israel terhadap Gaza kini.

Memandangkan Ji-soo merupakan seorang yang sangat berpengaruh, netizen nampaknya ‘bengang’ kerana dia bukan sahaja mempromosikan jenama itu malahan, turut tidak mempunyai kesedaran tentang konflik yang sedang berlaku antara Israel dan Palestin.

Hmm..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.