'Saya jawab semua soalan dari tujuh kertas siasatan' - Chegu Bard

15 Sep 2023 • 6:40 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ahli Jawatankuasa Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Badrul Hisham Shaharin

KUALA LUMPUR - Sekretariat Himpunan Aman Selamatkan Malaysia, Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard menjelaskan beliau telah menjawab kesemua soalan ketika ditahan polis pada Khamis.

Ujarnya, beliau dibebaskan pada pagi Jumaat dengan jaminan polis selepas selesai memberi keterangan.

"Semalam, kalau bukan kerana himpunan Sabtu ini yang perlu kita hadir, saya tidak akan bagi kenyataan pada polis dan boleh ditahan lanjut.

Tetapi saya beri kerjasama, sebab saya tahu saya perlu keluar dan berada di tengah-tengah Kuala Lumpur pada 16 September.

"Maka saya beri dan jawab tujuh kertas siasatan, semua saya jawab.

Menjelang subuh pagi tadi (Jumaat), saya dibebaskan dengan jaminan polis," katanya.

Malah dakwa Chegu Bard, penahan terhadapnya itu disifatkan secara sengaja susulan himpunan yang akan diadakan esok.

"Saya sifatkan tanpa berselindung tangkapan semalam adalah tangkapan secara sengaja untuk menakutkan dan mengagalkan himpunan 16 September ini," katanya lagi.

Beliau berkata demikian dalam sidang media khas di ibu negara pada Jumaat.

Pada Khamis, Chegu Bard ditahan di Jalan Raja Laut, ketika menghadiri mesyuarat Sekretariah Himpunan Selamatkan Malayisa.

Bagaimanapun, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zin berkata, tangkapan dibuat berikutan keengganan beliau hadir untuk dirakam keterangan berhubung enam laporan terhadap dirinya. - Awani

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved