“Saya & JDT tidak perlu turunkan diri serendah itu” – TMJ Respon Isu Kes Faisal Halim

LocalPolitics
20 May 2025 • 4:51 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menegaskan bahawa baginda dan kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak perlu menurunkan dirinya ke tahap yang lebih rendah berkenaan dengan kes yang membabitkan pemain kebangsaan, Faisal Halim.

Titahnya lagi, ada pihak yang ingin cuba kaitkan pelbagai insiden jenayah dengan baginda. Oleh itu, Tunku Ismail menegaskan bahawa dia bukanlah seseorang yang akan bersembunyi di sebalik tindakan pengecut seperti itu.

“Dalam insiden Faisal Halim, timbul bisikan dan spekulasi yang cuba kaitkan saya. Biar saya jelaskan, saya dan JDT tidak perlu turunkan diri ke tahap serendah itu.”

“Saya seorang askar, kalau saya ada sesuatu untuk disampaikan atau dilakukan, saya tidak akan bersembunyi di sebalik tindakan pengecut seperti itu.”

Selain itu, baginda juga turut dikaitkan dengan kes pukul kumpulan skinhead di sebuah konsert tempatan baru-baru ini. Terpanggil dengan khabar angin tersebut, baginda tampil memberikan keterangan.

image is not available

“Seperti biasa, ada yang cuba kaitkan insiden itu dengan saya. Konsert punk tempatan, pula tu. Adakah muka saya kelihatan seperti orang yang habiskan masa dengan ‘headbanging’ di gig punk underground?”

Tunku Ismail turut menegaskan bahawa ada pihak yang sakit hati dengan pengaruhnya, jadi ia adalah berita yang kurang baik bagi pihak yang dimaksudkan.

Titah baginda lagi, pengaruh itu tidak akan hilang sama ada dalam bola sepak, politik atau apa jua bidang sekalipun.

Ia adalah sebahagian daripada ekosistem. Saya baru 41 tahun, dan pengaruh saya, kuasa, pengalaman, kewangan hanya akan bertambah dari sini.”

“Pengaruh, dalam kedudukan saya, bukan satu pilihan, ia satu ketetapan. Semakin masa berlalu, semakin ia bertambah kuat.”

Disebabkan itu, beginda menasihati mana-mana pihak yang ingin menjatuhkannya untuk terima dirinya dan jika ingin menjatuhkan, cuba ‘habiskan’ dirinya terus.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.