“Saya jenis tahu malu, bukan spesis Ruhainies” – Sarah Yasmine Dah Tak Mahu Berhubungan Dengan Suami Orang

Entertainment
5 Jun 2024 • 12:06 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Setelah lama ‘mendiam’, nama Sarah Yasmine kembali menjadi tumpuan setelah dia membuat satu kenyataan menerusi IG Story miliknya baru-baru ini.

Jelasnya, dia kini sudah tidak lagi menjalinkan hubugan dengan suami orang dan dia kini mahu menutup kisah silamnya.

“Saya dengan lelaki(suami) orang semua hanya berkawan sahaja sekarang. Tak ada satu pun yang disondol dengan saya lagi ya, sampai semua habis tutup buku. Tutup cerita biarpun apa lah ceritanya yang lelaki mana-mana masih lelaki orang ada.”

Dalam pada itu, Sarah juga ada menemplak Ruhainies sebelum mengakhiri kenyataannya itu.

“Saya jenis tahu malu, saya bukan sama spesis macam Ruhainies. Sekian terima kasih.”

image is not available

Untuk rekod, Sarah Yasmine menjadi tumpuan orang ramai selepas dia membuat pengakuan secara terbuka sebagai kekasih Aliff dan mendedahkan kecurangan Aliff bersama pelakon Ruhainies.

Dalam pada itu, nama pelakon lain juga turut dipetik seperti Emma Maembong, Chacha Maembong, Caprice dan Meerqeen.

Sumber : IG Story

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.