“Saya Jumpa Awak Di Alam Lain, Situ Tiada Radar” – Sharifah Sakinah Delete Posting Doa Nad Zainal

24 Aug 2023 • 11:51 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Pelakon, Sharifah Sakinah menerusi satu hantaran di Instagram memaklumkan mungkin sudah tiba masanya dia memadam hantaran yang pernah dibuat untuk sahabatnya, Nad Zainal.

Hantaran yang ditulis hampir setahun lalu itu mendoakan supaya sahabatnya itu sembuh seperti sedia kala. Dia memberi kata-kata semangat menyifatkan pelakon itu seorang yang kuat dan istimewa.

image is not available

Namun, Sakinah berasa kecewa mendengar jawapan temu bual pelakon itu dengan pihak media. Tulis Sakinah lagi, dia berharap dapat berjumpa lagi sahabatnya itu di alam lain di mana di alam itu tiada radar.

Pemilik nama penuh Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired ini turut menasihatinya supaya mengeluarkan perkataan daripada hati dan berpijak di bumi yang nyata.

“Fikiran narcisis, kata-kata palsu dan tindakan menafikan akan jadi takdirmu”, katanya.

image is not available

Di ruangan komen, peminat turut berasa sedih kerana mereka menyaksikan rakan selebriti mendoakan termasuk melakukan solat hajat untuk Nad Zainal.

Kredit: Instagram Sharifah Sakinah

+ Baca artikel penuh Facebook dan Telegram Oh! Media.