“Saya Kecewa..” – Mijoo Dedah Sebab Sebenar Tinggalkan ‘How Do You Play’

EntertainmentLifestyle
10 Jul 2025 • 11:41 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Lee Mi-joo telah mendedahkan kisah di sebalik pengundurannya daripada rancangan “Hangout with Yoo”.

Pada 10 Julai, saluran YouTube ‘Just Lee Mi Joo’ memuat naik video bertajuk “Saya Buka Saluran Mi Joo Sebab Tertanya-Tanya Apa Saya Buat Lepas Tinggalkan ‘Hangout with Yoo’.”

Dalam video tersebut, apabila ditanya antara rancangan “Sixth Sense” dan “Hangout with Yoo” yang mana lebih menyeronokkan, Mi-joo menjawab,

‘Hangout with Yoo’ ada satu rasa tanggungjawab, saya rasa saya kena buat dengan baik. Masa tu saya sentiasa ada semangat dan rasa tanggungjawab itu.

image is not available

Dia meneruskan,

Saya berbincang dengan PD (pengarah) dan kami capai kata sepakat. Bukan mereka yang memaklumkan kepada saya secara tiba-tiba, dan bukan juga saya yang buat keputusan sendiri. Ia adalah keputusan yang dibuat secara bersama, jadi walaupun saya rasa sedikit kecewa, ia memang tak dapat dielakkan.

Mi-joo juga menambah,

Saya fikir sebenarnya ini mungkin yang terbaik.

Untuk makluman, Mi-joo dan Park Jin-joo secara rasmi mengundurkan diri daripada rancangan “Hangout with Yoo” selepas siaran terakhir mereka pada 31 Mei.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.