“Saya Keluar Atas Urusan Kerja” – Puteri Sarah Tampil Jawab Isu Tak Hormat Tempoh Edah

12 Jul 2023 • 11:47 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Puteri Sarah tampil memperjelas isu yang dikatakan di tidak menghormati tempoh edahnya.

Menurut Sarah, tidak ada sebarang masalah yang perlu dibesarkan jika dia keluar untuk bekerja meskipun masih dalam tempoh edah.

Sarah atau Puteri Sarah Liyana berkata dia sudah membuat beberapa rujukan dan mendapatkan panduan mengenai perkara berkenaan.

Tambahan, aktres itu turut memaklumkan kepada bekas suaminya, Syamsul Yusof yang dia akan keluar untuk bekerja.

image is not available

Saya tiada masalah berkenaan isu edah kerana saya keluar atas urusan kerja. Alhamdulillah tiada siapa yang menghalang dan saya juga ada membuat kajian berkenaan edah.

Apa yang saya tahu, sekiranya suami mati baru isteri itu duduk berkabung di rumah, macam saya keluar sebab kerja.

Kemudian apa yang saya tahu, jika suami itu tidak meninggal (bercerai hidup) dalam tempoh tiga bulan, saya perlu maklumkan kepada bekas suami. Syamsul tahu saya sedang shooting.

Dalam pada itu, Sarah tidak terasa hati dengan kritikan warga netizen yang mendakwa dia tidak menghormati tempoh edah selepas sudah sah bercerai.

Saya tiada masalah bila ada orang yang bercakap tentang perkara itu, cumanya bila ada yang tidak tahu saya akan maklumkan la apa yang sebetulnya.

Orang ramai pun tahu saya sibuk kerja sebab banyak yang saya kongsi dan update dalam media sosial.

Kredit: Oh!Bulan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved